1)Mereka orang yang kurang kasih sayang.
Oleh itu mereka biasanya akan mudah jatuh cinta terhadap orang yang
dirasakan memberi perhatian dan mengambil berat tentang mereka. Kerana
itu juga mereka mudah menjadi tamak dan jika menemui orang yang
dirasakan lebih menyayangi,mereka dengan mudah juga berubah hati.
.
2)Mereka orang yang tidak yakin dengan diri sendiri.
Apa yang mereka ada dirasakan tidak akan kekal dengan mereka.Oleh itu
mereka sentiasa mencari yang dirasakan terbaik tetapi sikap yang tidak
yakin dan percaya kemampuan diri sendiri membuatkan hati mereka sentiasa
ragu serta sukar bertahan dengan apa yang mereka dapat.
.
3)Mereka orang yang tidak tahu bersyukur.
Dalam hati mereka sentiasa merasakan ada lagi yang lebih baik,lebih
cantik,lebih kacak,lebih kaya dan sebagainya. Kerana itu mereka tidak
pernah menghargai apa yang mereka ada dan akan cepat memilih yang lain
jika dirasakan yang lain itu lagi baik.
.
4)Mereka orang yang tiada pendirian hidup.
Mereka sendiri tidak pasti apa yang mereka mahukan dalam
hidup.Kekasih bagi mereka hanyalah satu keperluan mengikut keadaan
persekitaran atau gaya hidup mereka.Bagi mereka cinta adalah sekadar
alasan untuk memperolehi teman bukannya tanggungjawab yang mesti
ditunaikan.
.
5)Mereka orang yang mudah bosan.
Tak dinafikan ada sesetengah orang yang sukar untuk kekal
dengan satu-satu perkara.Mereka ini suka mencuba sesuatu yang baru yang
dirasakan lebih mencabar dan menyeronokkan. Dalam percintaan juga jika
merasa bosan dengan kekasih yang ada mereka mula mencari yang baru dan
berpindah kasih jika yang baru lebih menyeronokkan bagi mereka.
.
6)Mereka orang yang memang suka menipu.
Memang terdapat segelintir orang yang memiliki sifat suka menipu dan
memperdayakan orang lain demi memperolehi keseronokan dan kepuasan diri
sendiri.
.
7)Mereka orang yang pentingkan diri sendiri.
Bagi mereka apa yang mereka inginkan tiada siapa yang dapat
menegahnya.Mereka ini tidak pernah memikirkan hati dan perasaan orang
lain. Bila dah dapat apa yang mereka mahukan,mereka sesuka hati akan
membuangnya.
.
8.) Mereka orang yang suka menunjuk-nunjuk.
Bila mempunyai ramai kekasih mereka fikir diri mereka
hebat,macho,cantik,kacak,lawa tetapi hakikat sebenarnya mereka cuba
menidakkan kelemahan dan kekurangan diri mereka sendiri dari orang lain.

No comments:
Post a Comment