Penyanyi Shila Amzah, 22, berjaya mengharumkan nama negara dengan
menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai,
China bermula jam 8.30 malam tadi.
Dengan kejayaan itu, Shila berjaya menewaskan 5 finalis daripada
negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India.
Berita gembira ini telah disahkan oleh adik Shila iaitu Syahir Hamzah
menerusi twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur
terhadap kemenangan kakaknya itu.
Berikut adalah petikan twitter milik adik Shila:
Alhamdulillah. @Shilaamzah is a Champion for Asian Wave 2012!! Thanks for you guys for voting Lets trending #TahniahShilaAmzah :)
Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu
Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

No comments:
Post a Comment