Kebakaran rumah di Temuco, Chile, memusnahkan sebahagian rumah di
mana beberapa anak anjing yang baru 10 hari lahir hidup, agensi berita
tempatan, Soy Temuco melaporkan.
Gambar ibu anjing berkenaan menyelamatkan anak-anak muncul di Reddit
Jumaat lalu dan menjadi topik perbicaraan pengguna internet di barat.
Walaupun anak anjing telah selamat dihantar ke trak kebakaran oleh
ibu mereka, pemilik rumah Omar Torres telah dihantar ke sebuah hospital
tempatan untuk rawatan luka terbakar.
Malangnya, artikel berasingan oleh sebuah akhbar melaporkan salah
satu anak anjing, bernama Amparo, mati pada malam Khamis kerana luka
terbakar yang teruk. Anak-anak anjing yang lain dalam keadaan stabil.
via

No comments:
Post a Comment