Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai ikatan dengan Israel, Real
Madrid malah memilih menghampiri dengan Palestin. Tidak hanya
ditunjukkan polisi kelab, sikap pemain Los Blancos juga demikian.
Yang paling ketara adalah langkah yang dilakukan pemain termahal di
dunia Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat
memiliki sifat sombong tersebut ternyata mempunyai hati mulia.
Mantan penggawa Manchester United itu dengan penuh keikhlasan
memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga
amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk CR7 itu untuk membantu
anak-anak Palestin.
Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real
Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1,4 juta euro. Wang
hasil lelong itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur
di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008
tersebut tidak berhenti sampai di situ.
Sebelumnya ketika masih memperkuat pasukan Merah, dalam sebuah acara,
Ronaldo mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman
hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang
bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan mencitrakan segala
keburukannya.
Namun ada juga sebahagian media Britain menyebut aksi Ronaldo itu
sebagai bentuk kemanusiaan. Ia menunjukkan kepedulian terhadap krisis
Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah secara
langsung berkunjung ke tanah pendudukan Palestin pada 2007 dan 2005.
Di sana dia disambut suka cita oleh rakyat Palestin dan mendapat
pengawalan ketat. Tapi lagi-lagi Ronaldo dikecam media yang pemiliknya
menyokong polisi kerajaan Zionis.
via

0rg baik ati bh kn mad . ehhee ..
ReplyDelete